Thursday, March 24, 2011
Bookmark Design
Pada 8 Januari yang lalu setelah sekolah dibuka untuk penggal yang baru satu kelas khas diadakan sempena memenuhi permintaan pelajar yang masih tidak puas mengikuti kursus komputer semasa cuti sekolah yang lalu. Oleh kerana tidak mahu menghampakan mereka maka, kelas mereka penanda buku diadakan pada hari Sabtu. Kelas ini bertujuan untuk mencungkil kreativiti pelajar disamping menanam minat membaca buku kepada mereka.
Disebabkan notis pemberitahuan yg singkat dan hanya dari mulut ke mulut tidak ramai yang hadir ke kelas tersebut. Walaupun begitu kelas tetap berjalan seperti biasa dan lebih mudah serta tenang. Ini kerana lebih mudah memberi perhatian kepada pelajar-pelajar tersebut kerana mereka memerlukan pemahaman dan kesabaran yang lebih supaya dapat menghasilkan penanda buku yang dikehendaki mereka.
Berikut adalah butir-butir kelas yang telah diadakan:
Program : Bookmark Design
Hari : Sabtu (8 Januari 2011)
Masa : 9.00am - 12.00pm
Peserta : 17 orang (Tahun 3-6)
Aplikasi yang digunakan : GIMP 2.0 (Freeware)
Monday, January 10, 2011
Program IT Camp
Tarikh Program : 29 Nov - 17 Dis 2010
Masa : 9.00am - 4.00pm
Sasaran : Tahun 3-6
Aktiviti Program : Pengenalan Kepada Komputer
Pengenalan Kepada Microsoft Office 2003
Asas Penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Excel 2003
Rekacipta Poster/Cerita/Karangan
Projek Lemonade (Berkumpulan)
Objektif : Mendedahkan para pelajar dengan penggunaan aplikasi pejabat Microsoft Office 2003 yang merangkumi MS Word, MS PowerPoint dan MS Excel
Masa : 9.00am - 4.00pm
Sasaran : Tahun 3-6
Aktiviti Program : Pengenalan Kepada Komputer
Pengenalan Kepada Microsoft Office 2003
Asas Penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Excel 2003
Rekacipta Poster/Cerita/Karangan
Projek Lemonade (Berkumpulan)
Objektif : Mendedahkan para pelajar dengan penggunaan aplikasi pejabat Microsoft Office 2003 yang merangkumi MS Word, MS PowerPoint dan MS Excel
Thursday, October 7, 2010
Teruja...
Nampaknya adik-adik tahun 3P SK Permatang Raja ini begitu teruja untuk menggunakan Smartboard. Masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba. Pada tanggal 1/10/2010, kelas 3P menjadi kelas pertama yang merasmikan penggunaan Smartboard dan komputer di dalam Kabin cITaKU Lab ini. Kesemua pelajar 3P tidak sabar untuk mengikuti kursus IT yang akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)




