Pages

Monday, November 28, 2011

ICT Camp IV - Hari Ketiga

Pada 25 November 2011 kelas IT untuk pelajar Tahun 5 pula berlangsung. Kali pelajar diajar bagaiman untuk mendaftar email mengunakan Yahoo. Pada hari itu semua pelajar yang hadir berjaya mendaftar email masing-masing. Kemudian mereka diajar bagaimana menguruskan email seperti menghantar dan membaca email serta memadam email-email yang tidak penting. Sebagai bonus mereka diberi peluang untuk mendaftar akaun Facebook.



Wednesday, November 23, 2011

ICT Camp 4

CITAKU Lab ICT Camp 4 bermula pada hari ini untuk pelajar-pelajar SK Permatang Raja daripada Tahun 3 hingga Tahun 6. Kursus dijalankan mengikut kelas iaitu Laksamana dan Panglima. Pada hari ini kelas telah berjalan untuk Pelajar Tahun 3. Aktiviti yang dilakukan hari ini adalah pengenalan kepada tiga jenis enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN. Pelajar diberi tugas untuk mencari gambar menggunakan enjin carian Google kemudian menyimpannya ke dalam komputer. Gambar-gambar tersebut kemudiannya akan digunakan dalam aktiviti video editng dengan menggunakan Windows Movie Maker.

Aktiviti yang sama juga dijalankan untuk pelajar Tahun 4 pada keesokkan harinya.

KPerak Komuniti Bridz 2.0 #2

Program KPerak Komuniti Bridz 2.0 hari kedua telah berlangsung semalam iaitu 22 November 2011. Dukacitanya tiada peserta yang hadir pada kelas sesi pagi. Sasaran peserta adalah belia dari umur 21 tahun ke 35 tahun. Oleh itu kelas hanya berjalan pada sesi petang iaitu untuk golongan 35 tahun ke atas. Tenaga pengajar petang itu adalah oleh IT Faci CITAKU Lab sendiri setelah dipertanggungjawabkan oleh tenaga pengajar daripada Teraju Techno. Ini kerana Teraju Techno perlu membuat persediaan untuk program di tempat lain. Peserta pada petang itu kebanyakkan masih tidak biasa dengan penggunaan komputer. Oleh itu mereka diberi pengenalan mengenai penggunaan komputer sebelum diajar mencipta akaun email daripada Google. Kemudian mereka juga turut diajar mendaftar akaun Facebook dan cara-cara menggunakannya.



Program KPerak Komuniti Bridz 2.0

Kelmarin 21 November 2011, satu program komuniti telah diadakan di CITAKU LAB SK Permatang Raja. Program ini telah dianjurkan oleh KPerak Implementation and Coordination dengan kerjasama JKKK Permatang Raja serta dikelolakan oleh Teraju Techno yang terdiri tenaga pengajar iaitu En. Tarmizi dan Rosidi. IT Fasilitator CITAKU Lab pula bertindak sebagai fasilitator program dengan membantu para peserta yang mengalami kesukaran semasa kursus berlangsung. Program diadakan selama 2 hari dan pada hari pertama melibatkan pelajar sekolah rendah untuk sesi pagi dan pelajar sekolah menengah untuk sesi petang. Pada hari pertama peserta telah diajar bagaimana untuk mendaftar email kemudian mereka diajar menggunakan Windows Movie Maker untuk mengedit video.



Detik Pengumuman UPSR 2011 SKPR


Pelajar-pelajar Tahun 6 yang berdebar-debar menunggu keputusan UPSR diumumkan oleh Guru Besar.


Semua pelajar memberi perhatian kepada seorang pelajar yang diumumkan sebagai pelajar tunggal yang mendapat 5A


Kelihatan ibu bapa juga turut menunggu dengan penuh debaran


Farah Hayati Azmi, satu-satunya pelajar yang mendapat 5A. Tahniah diucapkan.
.

Monday, November 21, 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011 SK Permatang Raja

Tarikh : 17 November 2011
Tempat : Dewan SKPR
Masa : 8.30 pagi

Hari Anugerah Cemerlang SK Permatang Raja Tahun 2011 telah dirasmikan oleh ADUN Trong iaitu YB Datuk Haji Rosli Bin Hussin.