Pages

Thursday, March 24, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 10

Pada 10 Mac yang lalu Sekolah Kebangsaan Permatang Raja telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG untuk kali ke 10 di Dewan Kantin SKPR. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D (A.M) Saintis Terapi Aura AFTL Perak.

Saya selaku AJK Publisiti telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan 'Backdrop' untuk majlis tersebut serta menyediakan slide/flash presentation bagi acara perasmian. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar sampai ke penghujung dengan tiada masalah teknikal yang timbul.

'Jauh Di Mata Dekat Di Hati'

'Jauh Di Mata Dekat Di Hati' adalah merupakan tema untuk jamuan yang telah diadakan oleh Persatuan Guru dan Kakitangan SKPR sebagai majlis perpisahan untuk guru-guru yang bertukar ke sekolah baru dan sekaligus meraikan guru-guru baru yang bertugas di SKPR. Jamuan telah diadakan di Pusat Latihan KOR Perkhidmatan Diraja : Kem Volturno Taiping, Perak. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengahari.

Mesyuarat Kurikulum SKPR : Jadual Waktu Kelas ICT

Pada 11 Februaru 2011 satu mesyuarat telah diadakan untuk para guru SKPR. Saya selaku IT Faci untuk cITaKU Lab SK Permatang Raja telah dilantik sebagai Juruteknik Komputer SKPR turut serta hadir di dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut adalah berkenaan penerangan mengenai penggunaan cITaKU Lab dan Makmal Komputer sekolah untuk kelas ICT. Setiap guru dibekalkan dengan Jadual Waktu Peribadi untuk kelas ICT. Kelas Bahasa Inggeris adalah dilabelkan sebagai kelas wajib masuk ke cITaKU Lab untuk kelas ICT. Kelas Panglima dan Laksamana telah dibahagikan mengikut bulan-bulan tertentu untuk penggunaan cITaKU Lab bagi kelas ICT.

Bookmark Design


Pada 8 Januari yang lalu setelah sekolah dibuka untuk penggal yang baru satu kelas khas diadakan sempena memenuhi permintaan pelajar yang masih tidak puas mengikuti kursus komputer semasa cuti sekolah yang lalu. Oleh kerana tidak mahu menghampakan mereka maka, kelas mereka penanda buku diadakan pada hari Sabtu. Kelas ini bertujuan untuk mencungkil kreativiti pelajar disamping menanam minat membaca buku kepada mereka.

Disebabkan notis pemberitahuan yg singkat dan hanya dari mulut ke mulut tidak ramai yang hadir ke kelas tersebut. Walaupun begitu kelas tetap berjalan seperti biasa dan lebih mudah serta tenang. Ini kerana lebih mudah memberi perhatian kepada pelajar-pelajar tersebut kerana mereka memerlukan pemahaman dan kesabaran yang lebih supaya dapat menghasilkan penanda buku yang dikehendaki mereka.

Berikut adalah butir-butir kelas yang telah diadakan:

Program : Bookmark Design
Hari : Sabtu (8 Januari 2011)
Masa : 9.00am - 12.00pm
Peserta : 17 orang (Tahun 3-6)
Aplikasi yang digunakan : GIMP 2.0 (Freeware)