Pages

Thursday, October 7, 2010

Teruja...

Nampaknya adik-adik tahun 3P SK Permatang Raja ini begitu teruja untuk menggunakan Smartboard. Masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba. Pada tanggal 1/10/2010, kelas 3P menjadi kelas pertama yang merasmikan penggunaan Smartboard dan komputer di dalam Kabin cITaKU Lab ini. Kesemua pelajar 3P tidak sabar untuk mengikuti kursus IT yang akan datang.

Kursus Penggunaan Smartboard

Pada 29/09/2010 cITaKU Lab SK Permatang Raja telah mengadakan kursus penggunaan Smartboard untuk para guru dan staf sempena permintaan dari pihak sekolah untuk memasukkan kursus ini sebahagian daripada LADAP.  Kursus ini dijalankan di Kabin cITaKU Lab SK Permatang Raja, Pantai Remis. Kebanyakan guru amat teruja dengan penggunaan Smartboard yang dikatakan canggih dan memudahkan.