Pada 22 April yang lalu SK Permatang Raja telah mengadakan program perkhemahan untuk murid-murid tahun 3 hingga 5. Perkhemahan bermula dari petang Jumaat sehingga Sabtu tengahari. Aktiviti dimulakan dengan memasang khemah. Para guru dan murid bergabung tenaga untuk sama-sama mendirikan khemah. Setelah itu aktiviti memasak pula dijalankan. Murid-murid tahun 3-5 telah dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Dari sini mereka diterapkan bagaimana bekerja di dalam kumpulan dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Pada waktu malam sesudah solat maghrib dan makan malam aktiviti Malam Kebudayaan pun bermula. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan pada malam itu. Ada kumpulan yang mempersembahkan nyanyian dan lakonan. Pada malam itu Kumpulan 7 yang dianggotai oleh Nur Izzati Ayuni dan rakan-rakannya mengungguli Malam Kebudayaan tersebut dengan lakonan spontan berunsur jenaka mereka. Saya sebagai IT Fasi juga tidak melepaskan peluang untuk merasa tidur di sekolah. Wifi cITaKU Lab juga dibuka perkhidmatannya pada malam itu untuk memudahkan guru-guru mengakses internet.
No comments:
Post a Comment