Pages

Thursday, December 17, 2009

Hari Pertama Bertugas

IT Faci mula bertugas ke sekolah masing-masing bermula 16 Disember 2009. Walaupun kabin masih belum siap tetapi kerana tugas IT Faci tetap masuk ke sekolah dan sambil itu menyiapkan modul-modul pengajaran yang diperlukan.

Ada di antara IT Faci yang menggunakan Makmal Komputer sekolah sebagai tempat beroperasi buat sementara waktu. Dan ini memberi peluang kepada IT Faci mengenalpasti masalah-masalah komputer yang rosak di sekolah tersebut dan menyesuaikan diri dengan sekolah supaya diri bersedia untuk sesi pengajaran apabila sesi persekolahan bermula nanti.


Lawatan Ke Sekolah


Pada 20 November 2009, tugas pertama adalah melawat sekolah yang ditugaskan iaitu SK Permatang Raja, Pantai Remis, Perak. Lawatan pertama ini adalah untuk berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar sekolah.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai Jadual Sekolah 2010, sesi sekolah, tahap pengetahuan IT pelajar, jumlah pelajar dan guru serta penyusunan slot-slot pembelajaran untuk sesi kelas cITaKU Lab.


Blok yang menempatkan Kantin dan Dewan




Blok yang menempatkan kelas-kelas

Lawatan Ke SK Selama, Perak

Pada 12 November 2009, IT Facilitator (2nd batch) telah mengadakan lawatan ke SK Selama. Lawatan ini bertujuan untuk mendapat pendedahan awal berhubung dengan pengurusan cITaKU Lab.

IT Faci juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai skop-skop tugas yang perlu dilakukan semasa di kabin.








IT Faci SK Permatang Raja ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada:

IT Faci SK Selama: Mr Adi

Di atas bantuan dan penerangan yang telah diberi.








Taklimat oleh Cikgu Wahid (PK1) SK Selama di
Galeri Gemilang, SK Selama















Jamuan ringan yang disediakan oleh pihak SK Selama.

cITaKU Lab SK Permatang Raja

Selamat datang ke blog cITaKU Lab Sekolah Kebangsaan Permatang Raja, Pantai Remis, Perak.

cITaKU Lab adalah sebuah projek hasil usaha dan keprihatinan Pihak berkuasa Koridor Utara (NCIA) yang menyedari kebanyakan sekolah-sekolah luar bandar di kawasan NCIA tidak mempunyai kemudahan dan akses IT yang baik. Oleh itu NCIA bertindak menyediakan pusat IT di beberapa buah sekolah luar bandar terpilih.

Salah satu daripadanya ialah SK Permatang Raja.

Segala cadangan dan pandangan dari semua pihak untuk meningkat dan menambah baik kesedaran ilmu IT yang sedang dijalankan oleh cITaKU Lab SK Permatang Raja adalah amat dialu-alukan.